Saturday, August 16, 2014

ATTENTION FOLKS ... IT IS HERE IN MALAY ... WHO OWNS THE WORD 'ALLAH'?

 Photo: KALIMAH ALLAH MILIK SIAPA? 
PRAKATA
Oleh Azly Rahman 

Salam hormat pembaca budiman,

Semenjak aku mula menulis berkenaan tanah tumpah darahku Malaysia sekitar 2006, aku mendapat ratusan permintaan agar karyaku diterjemahkan buat para penutur bahasa kebangsaan, Bahasa Melayu.

Aku selalu merasakan bahawa apa yang aku cuba nukilkan buat memperbaiki kehidupan rakyat lain seperti aku, terutamanya anak-anak yang bijak-pandai generasi mendatang, tidak akan sempurna jika tidak ramai yang dapat mencapai ratusan tulisan-tulisan yang telah aku hasilkan selama lebih kurang lapan tahun. Aku masih terus menulis walaupun mengetahui bahawa hanya segelintir penutur yang fasih Bahasa Inggeris akan mendapat manfaat, sementara dalam hati aku tertunggu-tunggu tibanya hari di mana hadirnya penerbit yang akan berminat dalam mengumpulkan tulisan-tulisan utamaku ke dalam Bahasa Melayu. 

Aku terhutang idea ini dengan para pembacaku yang telah memberikan ilham, dorongan dan kritikan kepadaku untuk terus menulis. Karyaku semakin bertambah baik dengan berkongsi apa ada pada negara dalam hematku dan mencadangkan jalan yang sepatutnya diambil untuk menjadikan haluan negara ke arah kemajuan, pengertian (meaningfulness), dan kepuasan masih mampu ditanggung. Laluan yang kita susuri ini sambil menunggang arus globalisasi adalah suatu yang mencabar.  Ianya perlu difahami seramai yang mungkin. Idea yang wajar dilaksanakan perlu dikongsikan dalam dua bahasa paling luas dituturkan: Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Esei-esei dalam judul ini kebanyakan diambil daripada artikel-artikelku yang muncul di Malaysiakini terutamanya yang ditulis dari 2010 hingga ke 2012. 
Aku telah mengarang kesemuanya dengan semangat yang mendalam dan dengan harapan idea-idea ini akan merancakkan dengan lebih lanjut dialog berkenaan isu-isu yang rapat dengan kita. Aku percaya negara kita perlu bergerak melampaui kehambaran dan bahaya politik yang memecah-belah dan mula berfikir dengan rasional (intellectualise) isu-isu yang menghambat keadaan kemodenan melampau (hypermodernity), menganalisis menggunakan tinjauan kritikal, dan kemudiannya membawa cadangan penyelesaian yang lebih dekat dengan kehendak hati dan impian rakyat tentang Malaysia yang lebih baik
.
Dalam menulis kumpulan esei ini, yang telah pun berjumlah lebih daripada 300 naskhah semenjak 2006, terdetik dalam fikiranku khalayak yang matang seperti anda, yang berhasrat untuk pergi lebih jauh daripada sekadar di peringkat analisis deskriptif dalam pembacaan tentang masyarakat, politik, pendidikan dan budaya. Aku mahu sidang pembaca turut diperkenalkan dengan bahasa teori budaya yang canggih – bahasa yang mampu memberikan sudut pandang pelbagai segi atau tinjauan kaleidoskopik terbaik tentang “keadaan kemodenan melampau (hypermodern)” yang melemaskan masyarakat kita saat ini.

Aku harap anda semua akan mendapati judul terjemahan ini tidak hanya bermaklumat malah turut mencabar keinginan yang membuak-buak untuk membincangkan isu-isu masakini. Aku harap ia turut menjana perbincangan yang baik terhadap visi kita untuk mencipta Malaysia yang lebih baik yang akan kita nikmati sebagai sebuah bangsa yang benar-benar jamak-budaya yang meluap-luap ingin membebaskan diri daripada rantaian perkauman, materialisme dan segala bentuk penindasan.

Aku bersyukur bahawa impianku untuk melihat tulisanku dalam Bahasa Melayu yang indah menjadi kenyataan. Aku berterima kasih kepada pembaca-pembacaku atas sokongan berterusan, dan penerbitku GerakBudaya serta “Pak Chong” dalam melihat perlunya terjemahan ini, dan penghargaan yang lebih utama kepada penterjemah berbakat dan pakar budaya dunia seni persembahan Melayu, Pauline Fan yang aku berbangga dapat bekerja dengannya dalam projek ini. Penghargaan teristimewa juga buat Sherly Kusumasetiadi atas pengurusan projek yang cemerlang, dan sahabat dunia akademik yang paling dihargai Dr. Lim Teck Ghee, Profesor Murray Hunter dan Dr. Bakri Musa yang sentiasa memberikan sokongan.
Dengan rendah diri, aku mengaku projek ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa sokongan anda. Aku berharap anda dapat menikmati tulisan-tulisan yang telah dipilih dengan cermat daripada dua buku terbaharu tulisanku, “The Allah Controvery: and Other Essays on Malaysian Hypermodernity“ dan “Dark Spring: Essays on the Ideological Roots of Malaysia's General Elections 13“.

Wassalam.
Azly Rahman,
Julai 2014

ANNOUNCEMENT: ATTENTION FOLKS
that little biggie-small announcement
no big surprise ...

My fifth book in the MALAY LANGUAGE
KALIMAH ALLAH MILIK SIAPA?
translated by Pauline Fan
published by SIRD/Gerakbudaya
is ready to be out in major Malaysian bookstores
on 31 August 2014 ...

My sixth book in the English Language
ON MALAYSIA'S NEW POLITICS: BEYOND MAHATHIRISM, and THE MULTIMEDIA SUPER CORRIDOR
published by SIRD/Gerakbudaya
with a foreword by Professor Edmund Terrance Gomez
is in the final stages of editing and planned to be out
the end of September 2014

what a pleasure writing is ... -- ar

No comments:

Grandma’s Gangsta Chicken Curry and Gangsta Stories from My Hippie Sixties by Azly Rahman

MY MEMOIR IS NOW AVAILABLE ON AMAZON!  https://www.amazon.com/Grandmas-Gangsta-Chicken-Stories-Sixties-ebook/dp/B095SX3X26/ref=sr_1_1?dchild...