Monday, April 21, 2014

ON THE MALAYS #1: On PERKASA -- Essay in the English and Malay Language by Azly Rahman

ON THE MALAYS #1
by azly rahman

The Malay-Perkasa dilemma


Will a hundred Perkasa-type NGOs solve the Malay dilemma? Or is it a moot question? Rather, what is the Malay dilemma, if there is any?

It must be a difficult time for the common and insignificant Malay; this beautiful people whose psyche has been consumed not only by feudalism but also by the ideology of cybernetic-neocolonialist feudalism in the form of party politics funded by big ‘glocal’ corporations. The poor Malay in the urban slum and in the kampong will continue to enjoy the spectacle of dynastic wars that are designed, like the idea of Vision 2020 that was crafted to blind the consciousness. The common Malays are victims of slogans – from the cleverly crafted legend of Hang Tuah (allegedly a Chinese warrior transplanted by the court historian of the decadent Malacca sultanate) to the story of fantastic ‘imagined communities’ such as Vision 2020 that requires ‘human capital’ (modal insan) as its obedient labourers.

The authoritarian self


Our political leaders wish to become emperors. In the process of building empires, we let our leaders gain control of the ideological state apparatuses and we let them own the Fourth Estate (the media) so that it is easy for them to feed us with propaganda daily. We let these emperors make themselves bigger than life and more fictional than factual.

We let our leaders become autocrats – 22 years was a long time. We cannot continue this tradition if we are to evolve into a more humanistic polity. Because we allowed that long of a reign, we cannot undo this political-psychological mess.

Our cultural system is now operating based upon who gets to control the most strategic resources; who owns the material and cultural capital. It is the utilitarianism of John Stuart Mill (the ends justify the means) that forms the basis of our political-economic psyche. Our politics continue to cement the ideology based on the structure of inter-locking directorate-ships and the political-economy of transnational capitalism that feeds the elite with wealth and weapons to guard territories and to build personal empires and new Malaysian dynasties.

Our nation was borne out of the womb of colonialism and inherited the ills of neo-colonialism, moving into a difficult period of coming to terms with the ‘Balkanisation of Malaysian politics in the Age of Post-Hegemony created by the Mahathir administration’. The Malays are experiencing the phenomenon of the fall of the Berlin Wall right in their own backyard. We must be prepared for its ramifications. We must read the graffiti on those falling walls.

Silver platter


The handing over of Independence, on a silver platter, after a convenient postcolonialist arrangement of power relations, in the form of the formation of the National Alliance, prepared a transcultural flow of a somewhat ‘flawless’ political design that exacerbates and alleviates, in a nationalistic form, the divide-and-rule political economy.

The practice of keeping political leaders the longest in power and installing the variegated systems of control, from the traditionalism of cultural politics to computer-mediated systems of controlling human beings, has its price. This practice has cost us the growing up pains we are experiencing – from the way we build our highways to the way we architecture the mind of our children and we broadcast ‘live’ the ingredients of our state propaganda.

And now, we have this 79 Perkasa-type of NGOs that will continue to shape the direction of Malay politics. It signifies the “subcontractor-isation” of the Malay protest movement no longer being done by Malay-centric political parties.

The real Malay dilemma

But for thinking Malays, there is an alternative view to the advancing new Malay dilemma, beyond the Perkasa shadow-play. It concerns not only the political fate of the Malays, but of Malaysians as a people yearning for a republic of virtue. We have lived in epochs of mind control - from the mythically-useful idea of daulat in the clever invention called the divine rights of kings to the mantra of cybernetic technology, installed and institutionalised through the smart partnership with international profiteers skilled in the design of the postmodern slavery system.

If one analyses the system of international labour in Malaysia since we were granted independence, one may conclude a similar pattern of modern slavery on a global scale - international capitalists collaborate with the local elite in transforming the natives and imported natives into indentured servants.

We continue to switch masters, in accordance with the flow of ‘paxes’ – Pax Brittanica, Pax Americana, to Pax Nipponica, to Pax Corporate-Crony Malaysiana. The nature of our either-or politics, as I see it, is navigating us towards another form of hegemony; one that might be even more dangerous that what is currently prevailing in its most corrupt practice. It is taking shape in the form of ‘illiberalism’ grounded in the politics of vengeance, and alliance based on the insatiable urge to impose some form of cybernetic-theocratic rule that is scaring those of us who are strong believers of radical and social multiculturalism.

We are charting our future ruins based on the politics of desperados inspired by a decadent ideology no longer in synchrony with the real issue of the day – the emergence of cultural classes of people, silently reproduced by the post-industrial and hyper-modernising state.

The real Malay dilemma lies in its inability to realise that Vision 2020 was a strategy to blur the masses of the political-economic nature of controlling interests in Malaysian politics, that Vision 2020 built by robber barons and emerging dynasties. It is our own Orwellian document of doublespeak.

What then must the silent spectator Malays do? Where will this Malay-Perkasa dilemma lead this country to?

Malaysiakini, 1 Mar 2010


ON THE MALAYS
Essay in the Malay Language
by azly rahman
  

 PERIHAL ORANG MELAYU #1A

"Dilema Melayu-Perkasa"


Bolehkah seratus NGO jenis Perkasa menyelesaikan dilema Melayu? Atau adakah ia satu soalan yang boleh dipertikaikan? Ataupun, apakah dilema Melayu, seandainya terdapat dilema sebegitu?

Ini pasti merupakan satu masa yang sukar untuk orang Melayu umum dan tidak berpengaruh, orang-orang yang berhati murni yang jiwa mereka telah dilanda bukan sahaja oleh feudalisme tetapi juga oleh ideologi feudalisme neokolonialis sibernetika dalam bentuk parti politik yang dibiayai oleh syarikat-syarikat ‘glokal’ yang besar. Melayu miskin di kawasan miskin di bandar dan di kampung akan terus menikmati tontonan perang dinasti yang telah direkakan, seperti idea Wawasan 2020 yang telah bijak direncanakan untuk membutakan kesedaran kita. Orang Melayu biasa adalah mangsa slogan-slogan – bermula dari rekaan bijak legenda Hang Tuah (kononnya seorang pahlawan Cina yang telah diambil milik oleh ahli sejarah istana kesultanan Melaka) kepada kisah hebat ‘masyarakat imaginasi’ (‘imagined community’) seperti Wawasan 2020 yang, untuk mencapainya, memerlukan ‘modal insan’ sebagai buruh yang taat.

Diri yang autoritarian


Pemimpin politik kita teringin menjadi maharaja. Dalam proses membangun empayar, kita telah membiarkan pemimpin kita mendapatkan kawalan aparat ideologi negara dan kita biarkan mereka memiliki Harta Keempat (media sebagai ‘Fourth Estate’)) supaya menjadi mudah bagi mereka untuk menyuapkan kita propaganda dari hari ke hari. Kita membenarkan maharaja-maharaja ini menjadikan diri mereka orang yang dikagumi dan seaka-akan watak fiksyen daripada nyata.

Kita biarkan pemimpin kita menjadi autokrat - 22 tahun adalah masa yang lama. Kita tidak boleh meneruskan tradisi ini jika kita ingin berubah menjadi negara yang disandarkan tatanegara yang lebih berkemanusiaan. Kerana kita dibenarkan pemerintahan yang begitu panjang, kita tidak boleh merungkaikan semula keadaan politik-psikologi yang kucar-kacir ini.

Sistem budaya kita kini beroperasi berdasarkan siapa yang dapat mengawal sumber-sumber yang paling strategik; siapa yang memiliki modal bahan dan budaya. Utilitarianisme John Stuart Mill (hasil menjustifikasikan cara) menjadi asas jiwa politik-ekonomi kita. Politik kita terus mengukuhkan ideologi yang berdasarkan struktur kepengarahan bercantum (‘interlocking directorateship) dan politik-ekonomi kapitalisme transnasional yang memberikan kerabat elit kekayaan dan senjata untuk menjaga wilayah masing-masing dan membina empayar peribadi dan dinasti-dinasti Malaysia yang baharu.

Negara kita lahir daripada rahim penjajahan dan mewarisi kelemahan neo-kolonialisme, bergerak masuk ke dalam satu zaman yang sukar sambil berhadapan dengan ‘Pemecahan ala Balkan politik Malaysia di Zaman Pasca Hegemoni yang dicipta oleh pentadbiran Mahathir’. Orang Melayu mengalami fenomena kejatuhan Tembok Berlin betul-betul di halaman belakang rumah mereka sendiri. Kita mesti bersedia untuk kesan-kesan rumit akibat fenomena ini. Kita mesti membaca grafiti yang tertulis pada tembok yang runtuh itu.

Pinggan perak

Majlis penyerahan Kemerdekaan, dengan begitu mudah dan mulia, selepas penubuhan hubungan susunan pasca kolonial, dalam bentuk pembentukan Perikatan Kebangsaan, menyediakan aliran budaya beraneka satu struktur politik yang agak ‘sempurna’ yang memburukkan lagi dan juga meredakan, dalam bentuk nasionalisme, ekonomi politik berunsurkan dasar pecah dan perintah.

Amalan mengekalkan pemimpin-pemimpin politik yang paling lama berkuasa dan mendirikan sistem kawalan beraneka, dari tradisionalisme politik budaya kepada sistem pengantara-komputer untuk mengawal manusia, ada buruknya. Amalan ini telah mengakibatkan sakit ketika membesar seperti yang kita alami sekarang - dari cara kita membina lebuh raya kita kepada cara kita membina fikiran anak-anak kita dan cara kita menyiarkan siaran ‘langsung’ bahan-bahan propaganda negera kita.

Dan kini, kita mempunyai 79 NGO berjenis Perkasa yang akan terus membentuk hala tuju politik Melayu. Ia menandakan sifat “subkontraktor” pergerakan protes Melayu yang bukan lagi dilakukan oleh parti-parti politik Melayu-sentrik.

Dilema Melayu sebenar

Walau bagaimanapun, untuk Melayu yang berakal fikiran, terdapat pandangan alternatif kepada dilema Melayu yang baru mara, yang melangkaui wayang kulit Perkasa. Ia berkaitan bukan sahaja nasib politik orang Melayu, tetapi juga rakyat Malaysia sebagai satu bangsa yang kerinduan sebuah republik yang bersifat mulia (‘a republic of virtue’). Kita telah tinggal di zaman-zaman kawalan minda - dari idea dongeng daulat yang berguna itu yang merupakan sebahagian ciptaan bijak yang dinamakan hak ketuhanan raja-raja hinggalah mantera teknologi sibernetika, dipasang dan diinstitusikan melalui perkongsian pintar dengan pencatut antarabangsa yang mahir dalam reka bentuk sistem perhambaan pascamoden.

Jika kita analisiskan sistem buruh antarabangsa Malaysia sejak kita mencapai kemerdekaan, kita boleh membuat kesimpulan bahawa ia bercorak sama seperti perhambaan moden berskala global - kapitalis antarabangsa yang bekerjasama dengan kaum elit tempatan dalam mengubah rakyat dan mereka yang diimport sebagai hamba berkontrak.

Kita terus menukar tuan, mengikut aliran ‘pax’, iaitu pakatan damai - Pax Brittanica, Pax Americana, kepada Pax Nipponica, kepada Pax Kroni Korporat Malaysiana. Corak politik kalau bukan yang ini yang itu, seperti yang saya lihat, mengemudikan kita ke arah satu lagi bentuk hegemoni, satu yang mungkin lebih berbahaya daripada apa yang sedang wujud dalam amalannya yang paling korup itu. Ia mengambil bentuk ‘bukan liberalisme’ dan berasaskan politik balas dendam, serta perikatan berdasarkan keinginan yang tidak pernah puas untuk mengenakan suatu bentuk peraturan teokratik-sibernetika yang menakut-nakutkan orang-orang kita yang kuat mempercayai budaya radikal dan sosial beraneka.

Kita merangka runtuhan masa depan kita berdasarkan politik pengganas yang diilhamkan oleh ideologi kurang moral yang tidak lagi sinkroni dengan isu sebenar masa kini - kemunculan kelas rakyat berbudaya, yang dihasilkan semula dengan senyap oleh negara pasca-industri yang membangun secara hiper-moden.

Dilema Melayu sebenar terletak pada ketidakupayaan untuk menyedari bahawa Wawasan 2020 adalah satu strategi bersifat politik untuk mengaburkan rakyat tentang politik Malaysia, yang bersifat mengawal kepentingan, bahawa Wawasan 2020 dibina oleh raja perompak (‘robber barons’) dan dinasti yang baru muncul itu. Ia adalah dokumen Orwell kata-kata bersifat eufemisme.

Oleh itu apakah yang harus dilakukan oleh pemerhati Melayu yang diam? Ke manakah negara kita akan dihanyutkan oleh dilema Melayu Perkasa ini?

Malaysiakini, 1 Mac 2010

1 comment:

Allen Tan said...

Good insight.

Grandma’s Gangsta Chicken Curry and Gangsta Stories from My Hippie Sixties by Azly Rahman

MY MEMOIR IS NOW AVAILABLE ON AMAZON!  https://www.amazon.com/Grandmas-Gangsta-Chicken-Stories-Sixties-ebook/dp/B095SX3X26/ref=sr_1_1?dchild...