Sunday, January 19, 2014

Runtuhnya naratif agung/A collapsing grand narrative, a Malay-English article (translated by Pauline Fan)


Runtuhnya naratif agung

oleh Azly Rahman

TERJEMAHAN: Pauline Fan

Apakah penyakit yang di hidapi masyarakat kita tatkala ini? Apakah kita sedang menuju perbatasan akhir penghancuran sosial, politik dan moral, menilai dari tahap dan bentuk keganasan yang kita lihat muncul?

Kita lihat ketiadaan kehormatan terhadap kedaulatan undang-undang , jurang yang semakin meningkat antara yang kaya dan miskin, konsumsi boros di peringkat tertinggi,  kekasaran, pembunuhan berterusan suara kritikal, kemajuan pendidikan yang tiada arah, pengumuman kenyataan umum yang memperjuangkan ketaksuban kaum dan agama, kepelacuran proses pilihan raya, kemabukan ahli-ahli politik dalam menyerang kaum pluralis dan pendukung masyarakat majmuk, ketakutan menggeletar apabila mendengar perkataan "sosialisme" dan "komunisme" –  semua ini meruapakan petunjuk kehuru-haraan yang dialami rakyat Malaysia dalam usaha mereka untuk memahami ke mana pemimpin-pemimpin sedang mengheret mereka dan mengapa negara ini sedang musnah.

Apakah Malaysia tersilap dalam membangun konsep dasar-dasar ekonomi, sosial, dan politik, semata-mata memindahkan sistem yang ditinggalkan oleh penjajah?

Apakah kita telah memupuk budaya yang memastikan kesinambungan sistem eksploitasi dihiasi dengan permukaan nasionalisme dan patriotisme yang diperoleh daripada ideologi ketuanan Melayu yang amat dipertikaikan kewarasannya dan yang semakin kehilangan kuasa populisme dan semakin mendapat imej keloyaan neo-kolonialis ala Sartre yang menawarkan laluan "tiada jalan keluar" menuju naratif agung yang runtuh merangkumi pembangunanisme berbentuk kuku besi Asia?

Mengapa kita mengalami fenomena ini? Mengapa pegawai kepimpinan kita yang terlantik menjadi korup dari akar umbi nya  – baik dalam cara mereka menggunakan kuasa mahupun dalam cara mereka memaparkan imej yang berkuasa?

Seperti barah nan berbisa, apakah  yang telah merangkak ke dalam fakulti kognitif dan proses pemikiran pemimpin-pemimpin kita dalam lima dekad yang berpaksi agenda pembangunanisme sehala yang mengharuskan imej keangkuhan yang kejam di mana pemimpin bertindak balas terhadap suara-suara ketidakpuasan seperti di perhimpunan Bersih dan juga dalam siasatan ke atas amalan rasuah?

Apakah rakyat Malaysia telah gagal untuk merenungi erti kehidupan mereka, meminjam pepatah Socrates "kehidupan yang tidak direnungi tidak bernilai" ? Apakah kita menyeru musuh yang paling dahsyat – kejahilan – untuk membawa kita ke jalan pembangunanisme dan meletakkan pengetahuan di hadapan skuad menembak sekitar tahun Merdeka, meminjam lagi satu lagi pepatah Socrates "musuh terbesar pengetahuan adalah kejahilan"?

Sememangnya kita telah menabalkan pemerintah yang bukan filasuf. Kita terus menabalkan pengeksploitasi dan pendera kuasa yang menggunakan aparat negara berideologi demi membolehkan kewibawaan paradigma tertentu dalam kemajuan manusia dan kebendaan. Kita telah menabalkan baron perompak (‘robber barons’) yang bercakap dengan lidah bercabang tentang pembangunan negara – pengguna fasih ‘doublespeak’, sepertikata  karyawan agung George Orwell.

Apa yang kita miliki sekarang, selepas lebih daripada 50 tahun merdeka, adalah sistem pendidikan yang retak menanti belah; penduduk yang tidak membaca buku yang meyumbang kepada peningkatan jiwa, fikiran, dan semangat; sebuah rejim pemerintah yang menahan hembusan nafas terakhirnya dengan melaungkan ayat ayat jampi mentera ketaksuban kaum dan agama dalam harapan bahawa ia boleh terus hidup dalam kemewahan untuk dekad yang akan datang.

Masyarakat yang nazak-falsafah

Kita mempunyai sebuah masyarakat yang nazak dari segi falsafah akibat mereka yang tidak sedar perlunya melihat masyarakat melalui kanta ekonomi politik tetapi sebaliknya melihat versi campur-palsu fungsi tadbir urus yang khusus sebagai satu-satunya cara untuk mengendalikan masyarakat sebagai sebuah entiti politik.

Kita perlu mengasuh pemerintah-filasuf – bukan sebagai elitis dalam erti pemerintah elitisme Plato atau Confucius, tetapi untuk mencipta pemerintah-filasuf seharian (‘the everyman’s philosopher-ruler’) dalam projek kita untuk mengasuh pemimpin masa depan dalam hampir semua sektor kehidupan.

Kita perlu mengilhamkan semula cara kita mengendalikan universiti dan institusi awam dalam melatih minda untuk memimpin pertubuhan. Kita perlu membantu anggota-anggota masyarakat memahami apa itu pengetahuan, asal-usulnya, kuasa transformatifnya, dan bagaimana ia harus digunakan untuk kebaikan mereka yang mungkin terpinggir, kerterasingan, atau diperhambakan fikirannya dengan cara yang lebih baru dan lebih halus.

Melalui pendidikan berbentuk lain untuk memenuhi keperluan masyarakat yang kian merosot, anggota masyarakat perlu diajar bagaimana untuk menganalisis isu-isu sosial, etika, teknologi yang kompleks di zaman pasca-industri dan maklumat ini serta menawarkan idea-idea saintifik untuk mencetuskan perubahan kemanusiaan dan sosial dalam hampir semua sektor aktiviti tahap makro-intelektual manusia.

Untuk menyelamatkan negara ini daripada kemusnahan sepenuh, kita perlu kembali kepada falsafah dan melalui kurikulum menyeluruh yang disesuaikan dengan pelbagai konteks pembelajaran, mengajar pemimpin masa depan kita yang berikut:

• Untuk memahami sifat ilmu pengetahuan dan sejarah pengilhaman konsepnya.

• Untuk memahami perbezaan antara pengetahuan, maklumat, kefahaman, aplikasi, dan mampu menyuarakan bagaimana konsep-konsep ini berbeza dari satu sama lain.

 • Untuk menggunakan pemahaman aspek-aspek falsafah, budaya, dan politik-ekonomi pengetahuan sebagai asas untuk mewujudkan pemahaman yang lebih baru dan disintesis dan membentuk kerangka kerja untuk menawarkan perspektif terhadap masalah sosial dan moral.

• Untuk membangunkan idea-idea logik, kreatif, moral, dan futuristik untuk perubahan sosial dan pertubuhan; idea dimaklumkan oleh pemahaman yang berakar umbi dan meluas terhadap pengetahuan dalam erti kata yang paling melintas bidang dan bersilang budaya.

• Untuk membangunkan set kemahiran kognitif untuk diiktiraf sebagai berkesan, dihormati, bermaklumat, anggota yang terlatih dalam falsafah dari wadah pemikir badan-badan sosial dan pemikir sempadan sosial yang mampu menjana penyelesaian inovatif untuk masalah yang kompleks.

• Untuk meneroka pelbagai falsafah budaya dan merumuskan tema sejagat etika dan reconstructionisme sosial untuk mendorong perubahan yang akan memberi manfaat kepada golongan miskin, terpinggir, dan terasing daripada semua kumpulan etnik.

Demikianlah reka bentuk baru yang harus kita terokai untuk memperbaharui kemakmuran intelektual. Kita harus bermula menjadi sebuah negara filasuf, bukan negara perompak.

Malaysiakini, 15 Aug 2011



FROM THE ORIGINAL


A collapsing grand narrative
by Azly Rahman


What is ailing our society? Are we moving into the final stages of social, political, and moral annihilation, judging from the levels and forms of violence we see emerging?

We see no respect for the rule of law, an increasing gap between the rich and the poor, conspicuous consumption at the highest level of vulgarity, a continuing massacre of the voice of critical sensibility, a direction-less educational progress, production of public statements championing racial and religious bigotry, prostitutionalisation of the electoral process, drunkenness of politicians in attacking pluralists and multiculturalists, fear and trembling upon hearing the words “socialism” and “communism” – all these are indicators of the chaos Malaysians are experiencing in their attempt to understand where their leaders are taking them and why this nation is being torn apart.

Has Malaysia made a wrong turn in conceptualising its economic, social, and political policies, merely transplanting a system left by the colonials?

Have we nurtured a culture that ensures the continuation of a system of exploitation adorned with a façade of nationalism and patriotism derived from the much contested ideology of ketuanan Melayu that is fast losing its force of populism and gaining an image of neo-colonialist Sartrean nausea offering a “no-exit” route to a collapsing grand narrative of an Asian despotic form of deformed developmentalism?

Why are we experiencing this phenomenon? Why are our elected officials becoming corrupted to the core – both in the way they use power and the way they display the image of being in power?

What has crept cancerously into the cognitive faculties and thinking process of our leaders in these five decades of unilinear developmentalist agenda that necessitates such a brutal image of arrogance in the way the leaders react to the voices of discontent as in the Bersih rally and in investigations on corrupt practices?

Have Malaysians failed to examine their lives, borrowing the Socratic maxim “the unexamined life is not worth living”? Are we summoning our greatest enemy – ignorance – to lead us to the path of developmentalism and putting knowledge in front of the firing squad circa Merdeka (Independence), borrowing again another Socratic maxim “the greatest enemy of knowledge is ignorance”?

I suppose we have installed rulers who are not philosophers. We continue to install exploiters and abusers of power that use the ideological state apparatuses to allow a certain paradigm of human and material development to reign supreme. We have installed robber barons who speak with a two-pronged tongue of national development – skilled users of Orwellian doublespeak.

What we have now, after over 50 years of independence, is a broken education system; a population that does not read books that help in the improvement of the soul, mind, and spirit; a ruling regime that is holding its last dying breath by chanting the mantra of racial and religious bigotry in the hope that it can continue to live in luxury for the next decade or so.

A philosophically dead society

We have a philosophically dead society by those who cannot even see the need to look at society through the lens of political economy but rather see the bastardised version of specialised functions of governance as the only way to run society as a political entity.

We need to groom philosopher-rulers – not as an elitist Platonic or Confucian type of ruling elitism, but to create the everyday philosopher-ruler in our project of grooming future leaders in virtually all sectors of our lives.

We need to reconceptualise the way we run our universities and public institutions in the training of the mind to lead organisations. We need to help members of society understand what knowledge is, its origin, its transformative power, and how it should be applied for the good of those that are potentially marginalised, alienated, or even mentally enslaved in newer and more subtle ways.

Through education conceived differently to meet the needs of a degenerating society, members of society need to be taught how to analyse complex social, ethical, technological, and social issues in this post-industrial and informational age and offer scientific ideas to effect humanistic and social change in virtually all sectors of human intellectual-macro level activities.

To save this nation from total destruction, we must go back to philosophy and through a rigorous curriculum adaptable to varying contexts of learning, teach our future leaders the following:
  • To understand the nature of knowledge and the history of its conceptualisation.
  • To understand the differences between knowledge, information, understanding, application, and able to articulate how these conceptions differ from one another.
  • To utilise the understanding of the philosophical, cultural, and political-economic aspects of knowledge as a basis to create newer and synthesised understanding of these and craft frameworks to offer perspectives to social and moral problems.
  • To develop logical, creative, moral, and futuristic ideas for social and organisational change; ideas informed by the deep rooted and broad-based understanding of knowledge in the most inter-disciplinary and cross-cultural sense of the word.
  • To develop a set of cognitive skills to be recognised as effective, respectable, well-informed, philosophically-trained members of a think-tank group of social organisations and social frontier thinkers able to generate innovative solutions to complex problems.
  • To explore varying cultural philosophies and draw universal themes of ethics and social reconstructionism to affect changes that will benefit the poor, marginalised, and alienated of all ethnic groups.
Such is the newer design we ought to explore to renew our intellectual prosperity. We must begin to become a nation of philosophers more than a nation of plunderers.


Malaysiakini, 15 Aug 2011 




1 comment:

Irene Chin said...

Well written, Dr. Azly Rahman. If only the leaders listen to what you are saying!!

Sadly, nobody is listening. They too busy enriching themselves, their family members and their cronies through day light robbery.

I salute you for all your efforts!!! Please continue your lone cry in the wilderness.

Hopefully some of your educated Malay/Muslim comrades will be awakened - not today, not tomorrow, but one day in the not too distnt future. Before the country is run down!

Grandma’s Gangsta Chicken Curry and Gangsta Stories from My Hippie Sixties by Azly Rahman

MY MEMOIR IS NOW AVAILABLE ON AMAZON!  https://www.amazon.com/Grandmas-Gangsta-Chicken-Stories-Sixties-ebook/dp/B095SX3X26/ref=sr_1_1?dchild...