'Ketuanan Melayu' dari pandangan seorang Melayu PDF Print
Posted by admin
Thursday, 11 June 2009 12:06
Menaksirkan Ketuanan Melayu sebagai 'Malay superiority’ (keunggulan Melayu) sebaliknya agak tidak bermakna, tidak tepat secara asal usul ilmu bahasa dan secara falsafahnya dilihat angkuh. Saya kira kata 'kediktatoran' lebih dekat pada pengertiannya.
A REPUBLIC OF VIRTUE
Dr. Azly Rahman
http://azlyrahman-illuminations.blogspot.com/
(Terjemahan daripada bahasa Inggeris oleh Centre for Policy Initiatives)
'Wahai Manusia! Tuhan kamu itu esa dan dan kamu semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada orang Arab yang lebih mulia dari orang bukan Arab atau orang bukan Arab lebih mulia dari orang Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih), selain daripada belas kasihannya. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.'
- Sabda Nabi Muhammad s.a.w (Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi.
'Malaysia – dipunyai oleh siapa? Kepada warga Malaysia. Tapi siapakah warga Malaysia itu? Tuan Pengerusi Majlis, harapannya sayalah warga itu. Namun kadangkalanya, duduk di kamar ini, saya meragui kalau-kalau saya dibenarkan menjadi warga Malaysia. Ia keraguan yang membuai tergantung dalam pemikiran ramai orang,.... [sekali] emosi digerakkan dalam tindakan, manusia berlaga sesama manusia sepanjang kata-kata yang tidak terucap, kamu akan berdepan dengan perang yang akan memecahkan negara dari atas ke bawah dan meleraikan Malaysia.'
– Lee Kuan Yew, Menteri Kanan, Republik Singapura.
Menaksirkan Ketuanan Melayu sebagai 'Malay superiority’ (keunggulan Melayu) sebaliknya agak tidak bermakna, tidak tepat secara asal usul ilmu bahasa dan secara falsafahnya dilihat angkuh. Saya kira kata 'kediktatoran' lebih dekat pada pengertiannya. Seterusnya membaca tulisan ini, tolonglah jauhi daripada membuat penghakiman tentang nilai dan janganlah terperangkap dalam penjara bahasa yang berhubungan dengan kata 'kediktatoran'.
Mendikte ['dikte' kata akar 'diktator'] membawa erti tersirat memberitahu, yang juga bermaksud menceritakan. Menceritakan bermaksud menjalin kisah berasaskan satu ideologi. Mengideologikan bererti mengurung. Mengurung bermaksud akan diperangkap. Kediktatoran di sini bermaksud pemerangkapan. Seseorang itu bukan menyedari kebebasan untuk memerintah tetapi sebaliknya sedar dirinya dalam perangkap – dan cuba keluar dari keadaan yang menjeratnya itu. Inilah bentuk kesedaran palsu.
Kata-kata, seperti yang diungkapkan ahli teori sastera Raymond Williams, perlu dipancangkan pada konteks/diletakkan dalam keadaan ekonomi yang muncul di dalamnya. Pernyataan terkenal Marx bahawa kewujudan manusia itu berdasarkan takrif keadaan ekonomi mereka dan keadaan ekonomi tersebut telah ditentukan sebelum mereka lagi. Ini merupakan pandangan 'ketentuan' (deterministic) dalam sejarah manusia.
Saya pertama kali mendengar ungkapan Ketuanan Melayu dalam pertengahan 1980-an dari buku karangan Malik Munip. Saya membaca karyanya, dalam masa yang sama menelaah tulisan Lim Kit Siang, ‘Malaysia in the dangerous 80s’ (Malaysia dalam tahun-tahun 80an yang berbahaya) untuk mendapatkan kesan penghujahan. Waktu itu, saya seorang siswa pengajian Sastera, Pendidikan dan Politik Antarabangsa.
Saya juga mendengar, para pelajar Melayu tidak digalakkan membaca karya Kit Siang dan digalakkan membaca 'Ketuanan Melayu'. Saya sukakan buku-buku yang diharamkan dan buku yang disebut orang supaya jangan dibaca. Terdapat rasa cabaran intelektual atas keupayaan membaca buku-buku terlarang.
Saya membaca buku Mahathir Mohamad, 'Dilema Melayu' dan buku Syed Husin Ali, 'Orang Melayu: Masalah dan Masa Depannya' serta buku, 'Mitos Pribumi Malas' karya Syed Hussein Alatas serentak pada waktu yang sama. Sekali lagi, untuk mendapatkan rasa keseimbangan.
Saya membaca penerbitan rasmi tentang keadaan ekonomi, disamping iringan bacaan rapi analisa ekonomi-politik negara kapitalis Malaysia.
Saya membaca karya Freud dan Marx bagi melihat sejauhmanakah penghujahan tentang totalitarianisme dari para pengarang besar arus pemikiran Sekolah Kajian Kemasyarakatan Frankfurt (Frankfurt School of Social Research). Saya membaca Al-Quran dan Bhagavad Gita, Ramayana dan Mahabharata untuk melihat dimanakah berdirinya hujah berkenaan keunggulan kaum dan apakah takdir masa hadapan manusia.
Jika kita membaca sejarah perkembangan ideologi ketuanan ini, kita dapat melihat ide tentang penguasaan sosial dan keunggulan kaum kemungkinan segalanya hanyalah berpunca daripada ekonomi. Tetapi soalan saya – siapa yang berhak mendakwa bahawa tanah ini dan itu dipunyai oleh kumpulan orang ini dan itu. Di titik manakah budaya dan kewarganegaraan bertemu dan merundingkan isu berkenaan kesetaraan [fahaman egalitarianisme]? Di mana 'kebenaran satu-satu budaya' itu sampai ke batas hadnya dan datang persoalan menguasai tentang 'kebenaran kewarganegaraan'?
Ia perihal persoalan yang cukup rumit. Warga Malaysia perlu menjawabnya setelah 50 tahun kemerdekaan. Kita mesti membuka ruang perbincangan berkenaan isu ini.
Lirik propaganda
Mari kita melihat bagaimana gagasan ketuanan Melayu disebar luaskan ke dalam jiwa anak-anak muda. Salah satu caranya, melalui kem-kem pemaksaan kepercayaan (indoctrination) dengan menggunakan nyanyian lagu-lagu.
Lebih berdekad lamanya, barangkali jutaan pelajar Melayu diajarkan lagu propaganda berbahaya, ‘WARISAN/Anak Kecil Main Api’. Salah satu rangkapnya mengungkapkan kuasa orang-orang Melayu:
… kini kita cuma tinggal kuasa
yang akan menentukan bangsa
hasil mengalir, ke tangan yang lain
pribumi merintih sendiri…
(senikata lagu Biro Tata Negara)
Saya tidak fikir kita memiliki kejernihan kefahaman terhadap maksud lirik ini. Saya juga meragui penulis lagu ini benar-benar mengerti maksud 'sejarah rakyat Malaya'. Ianya lagu yang berasaskan hasrat perkauman; liriknya ditulis seorang yang tidak memiliki kefahaman ekonomi-politik sejarah warga Malaysia, apatah lagi kemajuan terkini di bidang ilmu kejiwaan (psikologi) tentang kesedaran.
Program-program latihan yang memerangkap jerat dengan tema lagu ini bertujuan menumbuhkan perasaan takut orang Melayu, bukan terhadap orang lain tetapi diri mereka sendiri, serta mengacukan kebencian terhadap kumpulan etnik lainnya tanpa menyedari siapakah musuh sebenar orang Melayu.
Ia menggunakan kaedah merehatkan tubuh bagi membawa gelombang otak dalam isyarat alpha dan keadaan yang bersesuaian untuk penyampaian pesan-pesan tidak senonoh di bawah sedar. Dalam keadaan ini para pelatih dipukau ke dalam keadaan 'separuh tidur' bagi menyerap pesan ketuanan Melayu yang menjajah kesedaran mereka. Teknik ini dipelopori ahli sains Rusia, Barzakov dan Lozanoz di awal tahun 1970-an, dinamakan ’suggestopedia’ yang digunakan untuk menanam rasa takut yang mencengkam dalam diri seseorang dan kebencian mendalam terhadap orang lain.
Sejarah adalah himpunan corak rumit tata cara aturan susunan kata-kata yang saling mempengaruhi di antara teknologi, ideologi, budaya, taksiran dan proses yang melembagakannya. Sejarah tidaklah semudahnya dapat dikurangkan setakat lirik-lirik dangkal yang pernah dinyanyikan suatu waktu dahulu sebelum perang [Dunia Kedua] di Jerman dalam alunan gubahan semangat kebangsaan yang melampau.
Sejarah juga tentang kerumitan perkembangan beransur-ansur (evolusi) kelas pemerintah yang memiliki teknologi-teknologi pengawalan. Seperti kata Marx, pada setiap zaman hanya sejarah penguasa yang mengawal perkakas-perkakas pengeluaran yang akan ditulis dan ditulis kembali. Pemenang menulis sejarah, mereka yang kalah menulis puisi atau mengkaji sains kajian budaya (antropologi), keluh sebahagian orang lagi.
Kembali ke lirik tadi. Setelah 50 tahun kemerdekaan, siapakah yang menderita di Malaysia? Siapa yang menjadi kaya-raya? Siapa yang membesar dan berkembang menjadi raja perompak? Apa yang terjadi ke atas sistem kehakiman kita, universiti kita, jalan-jalan di kota kita, jaminan keselamatan awam kita, sekolah kita, anak muda kita dan keseluruhan penyusunan sosio-ekonomi masyarakat menjelang pilihanraya umum ke-12 yang lalu. Bagaimana ide ketuanan Melayu menyumbang terhadap keadaan-keadaan yang wujud hari ini?
Bahasa kuasa dan ideologi di alunkan dalam lirik tersebut. Penakrifan 'bumiputera' dimainkan. Ia menjadi kata yang bermasalah dalam era dekonstruksionisme [fahaman tentang kemusnahan makna dan pembinaannya kembali dalam bermacam ragam taksiran atas dobrakan pada makna tersebut]; menurut penyair WB Yeats suatu era dimana tiada lagi pemusatan, “pusat bukan lagi penumpuan segalanya.”
Pemuzik rock akan mengingati lagu terkenal kumpulan Scorpion, 'Winds of Change' bagi mengenang runtuhnya Tembok Berlin dan permulaan pecahnya Empayar Soviet. Kita perlu berdepan dengan 'kemarahan' kata-kata.
Tamatkan Ketuanan Melayu
Bagi umat penganut Islam di Malaysia, sabda Nabi Muhammad S.A.W ini memang biasa didengar:
'Asal usul turunanmu tidak perlu dibanggakan. Tidak juga ia membawa kepadamu keagungan. Wahai Manusia! Tuhan kamu itu esa dan dan kamu semua manusia berasal dari Adam dan Hawa. Kamu semua sama ibarat bijirin gandum di dalam cupak ... tiada yang lebih mulia dari lainnya, kecuali dalam amal saleh dan ketaqwaanmu. Untuk melihat seseorang itu dalam kekejian, mencukupi jika dia menghina orang lain dengan wang, amarah dan pembaziran....'
Saya menyatakan ketuanan Melayu merupakan gagasan berbahaya yang mengancam hubungan kaum. Ia merupakan taksiran sombong terhadap sejarah terpilih; sejarah yang memberi keuntungan besar terhadap sekumpulan orang hasil daripada penerapan ideologi ini.
Siapapun yang mempromosikan gagasan ini adalah dangkal dalam perihal perkara falsafah sejarah. Saya tidak fikir Melayu hari ini membeli ide 'ketuanan Melayu dan kediktatorannya'. Jika ada ketuanan satu-satu kaum itu, maksudnya kaum lain hanyalah 'hamba' dan 'abdi' atau 'warga kelas kedua'. Itupun kalau kita ingin menganalisa dari sudut pandang hikayat 'Tuan dan Hamba'?
Selaku orang Melayu yang ingin melihat berakhirnya gagasan layu Ketuanan Melayu dan lahirnya kesedaran baru yang menghormati martabat semua kaum dan maruah kesemua kumpulan etnik, saya menyeru warga Malaysia untuk terus bersikap kritis terhadap apa jua usaha oleh kaum manapun untuk mencanakkan gagasan ketuanan palsu mereka. Ini kerana ianya akan mencambahkan etnocentrisme [fahaman kecintaan kaum yang melampau] yang berjiran pula dengan xenofobia [fahaman kebencian terhadap orang asing].
Kita perlu bekerja sama untuk mendobrak [dekonstruk] segala bentuk susun aturan politik berasaskan kaum. Seiring dengan itu bekerja ke arah menzahirkan tata cara baru yang berasaskan kepada reka bentuk ekonomi yang lebih setara yang mengambil kira keperluaan asasi dan martabat kesemua kaum.
Kita mesti mengajar murid-murid sekolah bagaimana untuk mendobrak rasa keunggulan ketuanan kaum itu, bukan saja dengan mengajar tolak ansur tetapi kesetaraan masyarakat – melalui strategi pendidikan kedamaian. Kita akan menuai hasilnya buat generasi akan datang.
--
OUR USUAL REMINDER, FOLKS:
While the opinion in the article is mine,
the comments are yours;
present them rationally and ethically.
AND -- SET ALL I.S.A. DETAINEES FREE]
Comments (18)Add Comment
...
written by SECJDM3P044, June 11, 2009 12:31:45
Ketuanan Melayu = Ketuanan UMNO ... sebenarnya.. kenapa perlu dipertahankan? Sedangkan Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum. Kita sama-sama membangunkan Malaysia ini, dalam kita membangunkan negara ini adakah kita mengambil kira apa kaum kita? Tidak... kita bersama membangunkan Malaysia tanpa memperdulikan kaum.. kenapa perlu disisihkan mereka-mereka yang telah berusaha bersama kita???
Saya pun orang Melayu tapi bagi saya, ketuanan Melayu hanya menjadikan bangsa Melayu lemah, malas, manja dan tidak mampu bersaing dengan lain-lain bangsa di Malaysia..
Biarlah UMNO mempertahankan Ketuanan Melayu kerana UMNO perlu para penyokongnya lemah dan malas seterusnya menjadikan mereka kurang cerdik atau dalam lain ayat BODOH untuk menentang UMNO..
report abuse
disagree 5
agree 81
...
written by budakindia, June 11, 2009 13:14:14
Teori yang sama dengan pergerakan songsang Nazi! Mat rempit tu boleh dikira
sebagai skin he*** dalam pergerakannya. 2 X 5 sama aje! smilies/grin.gif Nak tipu siapa? smilies/tongue.gif
Hanya orang bodoh tak tahu membezakannya dengan pergerakan Nazi! SB tu seperti juga
Gestapo! Pasal tu sungguh berminat dengan VW! smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Alice, June 11, 2009 13:16:19
We should send this article to every soul in Malaysia.
Dr Azly would make a fine Education Minister
report abuse
disagree 2
agree 55
...
written by gkh4mt, June 11, 2009 13:44:43
If every Rakyat would think the same way as Dr. Azly Rahman, Malaysian would really start to live happily and in harmony among each other. We dont need UMNO to play the racial card!
report abuse
disagree 0
agree 53
...
written by JaguhKampung, June 11, 2009 13:45:30
Dr Azly should write more articles in Malays for the benefit of the Malays. This is a good article.
report abuse
disagree 0
agree 45
...
written by Ulan Benson, June 11, 2009 14:14:26
Ketuanan Melayu is a concept developed to protect UM-NOputras' interests. Nothing has been done to help the poor rural Malays since the last 50 years.
Unless this concept of Ketuanan Melayu is erased from Malaysia, all Malaysian will continue to suffer, the biggest losers will be the Malays!
...and the biggest winners are UM-Noputras, nobody else. smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 31
...
written by garuda, June 11, 2009 14:17:13
The world has seen changes so much except the Malays...even USA for all their racial issues hv chosen to go forward, India despite having majority 85% Hindus can elect a MUSLIM president but here we are held back by Malay supremacy issues, why?
Do they still want handouts from non malays? as it is non malays make up 90% of taxpayers in this country, are the malays afraid that they too have to compete and thus contribute to the economy? why else would anyone want quotas, benefits unless they are "orang kurang upaya"
Come on, u guys surely are not "orang kurang upaya" i believe and so compete on equal terms and maybe than u will see that hard work actually is good for yr soul!!
report abuse
disagree 0
agree 30
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by Sinewy, June 11, 2009 15:03:47
Billions of tax payers' money have been used to prop up certain people under the guise of a racial discriminative policy called NEP and the need to protect the so called rights and priviledges of one community by suppressing the others. For every one billion, 1000 millionaires would be produced. For 20 billions, 20,000 millionaires would be born in malaysia. If the discriminative policy has given out 20 billions every years for the past 30 years, then you would have produced 600,000 millionaires in this country from the benefitting community!! And this 600,000 millionaires can anytime help to produce more millionaires in this country if they are hardworking to use their new found million for productive ventures. But hey what happen after the last 30 years? No 600,000 millionaires? Blame it onto the other races who have paid the taxes? Funny lah this country..
report abuse
disagree 0
agree 26
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by edwardh, June 12, 2009 19:16:24
UMNO RACISM -- Royalty and Malay Superiority is utter rubbish.
In the past we had:
1) America: Blacks are slaves; Whites superiority
2) Malaysia as part of East Indies: Malays were considered dogs; Whites superiority
3) Japanese occupation 1940s: Locals were considered dogs; Japanese superiority
NOW:
1) Chinese are pendatang; Malay superiority
2) Indians "keling kia" pariah; Malay superiority
UMNO and Raja-Raja Melayu should stop living in the past of racism. Time to move on.
"Ketuanan Melayu" is inviting an inevitable bloodshed between races through oppressing the Chinese and Indians. If you want to gain respect,then show that you are more capable, not by insisting that Melayu needs tongkat handout from UNMO to survive. Beggars don't gain respect!!
report abuse
disagree 2
agree 21
...
written by Pakyeh, June 12, 2009 23:28:03
Ketuanan Melayu sudah lama pupus apabila Sultan makan gaji dengan British.Towkay Cina menjadi Tuan kapada Melayu apabila Melayu berkerja dengan Towkay Cina.
Baca lagi "Ketuanan Melayu di ganti Ketuanan Zionis dan nafsu Setan" di...
http://warongpakyeh.********.com
report abuse
disagree 1
agree 7
...
written by educationist, June 13, 2009 05:33:22
"Kita mesti mengajar murid-murid sekolah bagaimana untuk mendobrak rasa keunggulan ketuanan kaum itu, bukan saja dengan mengajar tolak ansur tetapi kesetaraan masyarakat – melalui strategi pendidikan kedamaian. Kita akan menuai hasilnya buat generasi akan datang."- malangnya perkara ini tidak akan dilakukan selagu pihak UMNOputra berkuasa.
Pemimpin UMNOputra inilah yang menggunakan konsep ketuanan melayu sebagai senjata untuk melawan usul ketuanan rakyat oleh PR.
Pihak mana yang menang pertarungan politik ini akan menentukan sama ada satu masyarakat yang lebih adil, saksama, sivil dan demokratik wujud di Malaysia.
report abuse
disagree 2
agree 3
...
written by talk2stop, June 14, 2009 09:16:11
I never like bahasa so I understand very little from your article. I'm no longer call Malaysia home. I think I am doing it because it is the human nature to rebel to Malaysia that never kind to me. I think there are a lot of "me" in Malaysia as we speak.
report abuse
disagree 7
agree 6
...
written by gurkha_malaya, June 15, 2009 00:43:21
[url=http://saudagarsenja.********.com/2009/05/melayu-vs-globalisasi.html]http://saudagarsenja.********.com/2009/05/melayu-vs-globalisasi.html[url]
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by gurkha_malaya, June 15, 2009 00:44:21
http://saudagarsenja.********....isasi.html
got diffrent view
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by Garend, June 18, 2009 12:20:17
Wahai Saudara the Dragonheart,
Walaupun saya bersependapat dengan anda bahawa semua orang di dunia ini menpunyai egoism, dan juga bahawa kita harus hidup dengan jiwa satu bangsa... tapi.. usahlah sering mengungkitkan bahawa kita adalah bangsa yang berhijarah masuk. Nenek Moyang bangsa melayu juga berhijrah masuk dari tanah lain..
Sudahkan saudara lupa bahawa Parameswara berasal dari Palenmbang? Di sebabkan kita sering kali di pandang sebagai "Pendatang" itu lah sebabnya kita tidak mampu hidup and berjiwa satu bangsa. Jika mahu di lihatkan, orang asli, puak-puak di Sabah Sarawak lah pengasal di Malaysia. Saya berpendapatan bahawa jiwa bangsa itu bukanlah sebagai corak Melayu, tetapi berbangsa Malaysia.
Bolehkah saudara menyatakan apakah kebaikan yang saudara dapat dengan menjunjung "Ketuanan Melayu"? Sebagai rakyat biasa, tak nampak pun saya akan kebaikan yang di terima oleh saudara & rakan melayu saya. Saya menpunyai dua orang sepupu yang menganuti agama Islam and berkahwin dengan melayu. Melainkan mereka yang ada kaitan dengan Umnoputera, tak bermanfaat.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Steven Ong, June 23, 2009 00:05:07
Dahulu orang ingeris di panggil tuan, sekarang bila orang2 ingeris sudah balik ke UK, orang melayu pun nak jadi tuan. Bukan ini semua nak tiru orang ingeris dahulu? ISA yang di cipta ingeris pun nak pakai untuk diamkan penbantah. Orang melayu nampak pandai meniru yang tak baik ,kerana ia menguntungkan sendiri. Tak kira adil tak adil. Wahai orang orang melayu belajarlah dari orang yang maju and bermoral keadilan untuk kebaikan kaum dan kemajuan.
report abuse
disagree 0
agree 2
Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.
NARRATIVES ON CULTURE, CYBERNETICS, AND COMPLEX SYSTEMS. PROSE, POETRY and MEMOIR PIECES.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Grandma’s Gangsta Chicken Curry and Gangsta Stories from My Hippie Sixties by Azly Rahman
MY MEMOIR IS NOW AVAILABLE ON AMAZON! https://www.amazon.com/Grandmas-Gangsta-Chicken-Stories-Sixties-ebook/dp/B095SX3X26/ref=sr_1_1?dchild...
-
UPDATED INFORMATION: ON MRSM as 'SUCCESSFUL FAILURE': A QUESTION on ITS CONSTITUTIONALITY "was MARA's MRSM set-up un...
-
A Malay view of 'Ketuanan Melayu' Azly Rahman | Feb 4, 08 2:51pm ‘O people! Your God...
-
by azly rahman it was the period of rock music whose influence came from down south, Singapore .. words reflecting the sociolect of t...
No comments:
Post a Comment