Tuesday, July 14, 2009

PPSMI -- Please verify if this is true about the UPSI study

I received a comment concerning my posting on the UPSI study. For those who know more about this, please verify:

......

Thanks Azly. Allow me to critique the study done by Prof. Isahak Harun and his colleagues from Universiti Pendidikan Sultan Idris.

The study was reported in " Kesan Dasar Pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris di Sekolah Rendah", and has yet to be published in any international journal of educational research. It's basically a very kampung-style research, using flimsy methodology and with distorted reporting. Why distorted?? Well let me give you a few examples.

Contoh 1:

Dilaporkan bahawa "sebahagian besar (purata 70%) pelajar melayu 5 mendapati kurang senang mempelajari Matematik dan sains dalam bahasa Inggeris" (m.s. 22). Kesimpulan ini dibuat berdasarkan penarafan kendiri oleh pelajar Tahun 5 dengan skala Likert 3 poin, yakni 1=KURANG SENANG DIPELAJARI, 2=AGAK SENANG DIPELAJARI, DAN 3=SENANG DIPELAJARI.

Namun, apabila saya cuba meneliti angka tersebut, sebenarnya terdapat lebih kurang 25% yang mengatakan bahawa sains dan matematik SENANG DIPELAJARI dalam bahasa Inggeris, manakala lebih kurang 33% yang mengatakan sains dan matematik susah dipelajari. Sementara itu, terdapat lebih kurang 42% yang mengatakan sains dan matematik AGAK SENANG DIPELAJARI dalam bahasa Inggeris.

Tetapi, dalam kajian ini (m.s. 22 tadi), kumpulan penyelidik UPSI telah menggabungkan peratusan yang mengatakan "susah dipelajari" (33%) dan "agak senang dipelajari" (42%) sambil merumuskan bahawa lebih 70% pelajar melayu 5 yang mendapati KURANG SENANG mempelajari sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, berbanding dengan 25% yang mengatakan SENANG DIPELAJARI. Keadaan ini merupakan distorted reporting atau, pelaporan yang memesong dan berniat mengelirukan pembaca.

Rumusan saya ialah, dengan adanya pelaporan yang memesong seperti ini, maka saya sememangnya berasa was-was, ragu-ragu dan syak terhadap dapatan-dapatan lain dalam pelaporan itu. Apa tidaknya, apabila kita mendapati sesuatu restoran itu menggunakan ayam yang TIDAK HALAL, maka secara spontannya segala yang ada dalam restoran tersebut sememangnya boleh diragui!

CONTOH 2:

4:17 AM
Anonymous said...

CONTOH 2:

Dilaporkan bahawa " di kalangan murid Melayu min skor matematik murid di sekolah 'luar bandar' (8.34) lebih tinggi sedikit daripada min murid di 'bandar' (6.57) dan 'pekan besar" (7.07)' ... [tetapi] ini adalah sesuatu yang diluar jangkaan" (ms. 52).

Saya sungguh terkilan apabila kumpulan penyelidik UPSI boleh MENGENEPIKAN dapatan yang menunjukkan pencapaian matematik pelajar luar bandar lebih tinggi dan signifikan secara statistik berbanding dengan pencapaian pelajar bandar dan pekan besar. Apa yang mereka jangkakan???? Atau, apa yang ada dalam jangkaan kumpulan penyelidik ini???? Adakan mereka mempunyai prasangka bahawa pelajar luar bandar sememangnya lemah dan lembab dalam matematik, dan keadaan ini sepatutnya lebih teruk dengan penggunaan bahasa Inggeris?? Hello, kenapa tidak cuba mengupas keadaan ini? PENCAPAIAN PELAJAR LUAR BANDAR, sebagaimana yang ada dalam statistik kajian UPSI, ADALAH 20% LEBIH TINGGI DARIPADA PELAJAR BANDAR DAN PEKAN BESAR, DAN ANGKA INI ADALAH JUGA SIGNIFIKAN. Kenapa nak kata "tinggi sedikit" dan seterusnya mengabaikannya? kenapa tidak HIGHLIGHT dapatan kajian ini?

Pelaporan ini sebenarnya bukan sahaja menunjukkan ketidakprofesionalan dalam kalangan penyelidik UPSI, bahkan ianya menggambarkan prasangka buruk yang ada dalam minda dan sanubari kumpulan penyelidik UPSI tentang "budak luar bandar yang lemah dan daif".

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SEHARUSNYA MEMBUANGKAN DAPATAN INI KE DALAM TONG SAMPAH DAN TIDAK MENGGUNAKANNYA UNTUK MEMBUAT SEBARANG POLISI PENTING!

11 comments:

amirrr said...

cukup cukup lah..... belajarlah sains dan matematik dalam bahasa melayu... tiada salahnya..

BUMI KENYALANG said...

Parents should be given option either to send their children to study BM or English...dont enforce thing which can build doubt towards the goverment.Buat lah aliran BM dan English supaya ibu-bapa dapat memilih untuk mengantar anak2 mereka belajar.Sarawak should be given freedom either to use BM or English in their schools.

Unknown said...

The South Koreans are emulating us in taching of Science & Maths in English .... the U trun Malaysia is taking look like a joke to them ..

What are we doing to move forward ? .... going backward will never reach forward destination .. but only backward destination..

moo_t said...

British people invent bureaucracy.
India government PERFECT it.
Malaysia governemnt improve India version by top up with lies and statitistics.

Anonymous said...

Dr Azly,
Please follow up and get to the bottom of this. If the research is flawed and based on this flawed research interpretation, the PPSMI is scrapped, then our children are truly screwed. We can't let this happen. Pls do something!

Anonymous said...

Hello Amirr, memangpun belajar sains dan matematik dalam bahasa melayu tiada salahnya. belajar dalam bahasa inggeris PUN tiada salahnya. asalkan belajar, sememangnya TAK SALAH. Isu sekarang, antara yang tak salah semua ini, mana yang lebih baik untuk generasi masa depan kita? Ianya harus berdasarkan fakta kajian, dan bukan pembohongan atau pemutarbelitan data-data kajian!

Anonymous said...

No objection to those prefer to stick to BM for Math and Science. They have the rights to decide. For me, I will choose the best alternatives and continue to compete globally. All I urge is that, for those choose to remain status quo, pls do not jeolous on others that strive hard to improve on global scale. That will differentiate one who willing to compete and one who really want to remain status quo. All I can say is, Good Luck!

Anonymous said...

Kpd anon3:48,
Berdasarkan fakta kajian pakar pendidikan serata dunia, majoriti menunjukkan pelajar di peringkat rendah lebih utuh kefahaman sains dan matematik sekiranya mereka belajar menggunakan bahasa ibunda. Buatlah search dalam internet, fahami kesimpulan mereka dan metodologi mereka untuk buat kesimpulan. Generasi yg belajar sains guna bahasa ibunda lebih cemerlang. FAHAM. Kalau nak sumber rujukan saya boleh beri.

Anonymous said...

For anon 3:48,
Your statement is misleading. The best alternative for Malay students is to learn Science and Math using BM. But if these Malay urbanites use English as their mother tongue, the best alternative is to learn Science and Math in English. We are jealous of the Taiwanese and Korean that manage to excel in the global scale by using their own language.

An excerpt from a study done in New Zealand (2005):

"This study confirmed the disadvantage for students when doing mathematics in English, with a difference of 12 percent on this smaller sample. The interviews revealed particular misunderstandings, a narrow understanding
of some concepts, and many strategies or coping with their lack of comprehension. The students self-reported only a little difficulty on average in understanding mathematics in English, despite the problems revealed
in their test performance and interviews."

Anonymous said...

I hope you people understand what social science research is all about, as opposed to pure sciences research! If a certain metal expands when heated in New Zealand, this particular metal will behave the same way in any other country. However, if the new zealanders (particularly the Maoris) learn well in their own mother-tongue, this does not mean it applies to other countries such as Malaysia. We need our own R&D to establish such claim. The issue now is, we have UPSI lecturers who did a research on PPSMI but reported in a bias and distorted manner. To add salt to the injury, goverment of Malaysia accepts the research as face value in making an important national decision.

Anonymous said...

Where can we get the pdf file for the research report? UPSI, can you make this available for public consumption and scrutiny? Azly, can you contact UPSI for this?

Grandma’s Gangsta Chicken Curry and Gangsta Stories from My Hippie Sixties by Azly Rahman

MY MEMOIR IS NOW AVAILABLE ON AMAZON!  https://www.amazon.com/Grandmas-Gangsta-Chicken-Stories-Sixties-ebook/dp/B095SX3X26/ref=sr_1_1?dchild...