Friday, July 10, 2009

Is this the only research done on PPSMI/Teaching of Science and Mathematics in English?

PPSMI, Kajian UPSI (April 2008), Ringkasan

2 comments:

Anonymous said...

bahasa english, jika kerajaan tidak mengalakkan pengunaan bahasa english dalam pelajaran, tolong lah jangan berucap dalam bahasa english dalam media massa... saya tidak faham!!!

jika pengunaan bahasa english todak dianggap penting, usahlah berurusan dengan orang putih yang berbahasa english... tidak penting!!!

jika sekolah sekolah tidak menggunakan bahasa english, di manakah akan datangnye pemimpin pemimpin yang fasih berbahasa english???

adakah penguasaan bahasa english hanya untuk anak anak menteri yang "ditakdirkan" memegang jawatan tinggi yang memerukan penguasaan bahasa english???

ke manakah anak anak menteri kita bersekolah??? adakah di sekolah sekolah kampong yang tidak terdapat ajaran bahasa english???

isu bahasa english hanya untuk perbahasan rakyat yang ingin berjaya dan berkomunikasi dengan dunia luar... berkerjasama, berurusan dalam perniagaain dan sebagainya... isu ini tidak menarik minat perbahasan para menteri yang semua anak anak mereka dihantar ke sekolah international yang mendapat pelajaran bahasa english yang sempurna...

bahasa apakah yang digunakan dalam urusan international??? jika bahasa english tidak dikuasai, pakailah bahasa kebangsaan kita, biarlah orang luar yang mempelajari dan menguasai bahasa kita. siapakan kita???

Amir, Kelantan said...

Salam,

OBJEKTIF PPSMI;
Setiap perkara ada objektif dan kadang-kadang pelbagai objektif. Tujuan PPSMI (pada saya) adalah untuk dua objektif utama iaitu penekanan penguasaan bahasa inggeris dalam subjek berkaitan teknologi maklumat (ICT) dan kemahiran subjek itu sendiri (sains dan matematik). Objektif induk ialah penguasaan subjek ICT dalam bahasa inggeris supaya para pelajar cepat menguasai maklumat dan teknologi terkini ICT global yang kebiasaannya tersedia dalam bahasa inggeris dimasa kini.

YANG MANA UTAMA;
Keupayaan di atas adalah penting bagi melonjakkan sumber manusia 'Malaysia' dalam menghadapi era globalisasi dan perkembangan pantas teknologi. Namun kegagalan menguasai subjek tersebut sekiranya disebabkan kelemahan dalam bahasa inggeris juga 'kritikal' kerana subjek2 tersebut adalah 'isi' manakala bahasa adalah medium. Dan bahasa inggeris sebagai linguistik masih boleh dipelajari secara berasingan sebagaimana sedia ada. Justeru, pakar pendidik harus melahirkan tindakan 'pembetulan' berdasarkan KEUTAMAAN dalam dasar pendidikan negara.

BAHASA INGGERIS DALAM SUBJEK TEKNIKAL;
Berdasarkan pengalaman peribadi, penguasaan dalam istilah2 teknikal dalam bahasa inggeris adalah SANGAT PENTING, kerana kurangnya buku rujukan teknikal dalam bahasa melayu mahupun bahasa ibunda lain. Tambahan pula, kegagalan melahirkan idea dan pendapat disebabkan kelemahan bahasa inggeris adalah satu kerugian besar dan penghalang kemajuan peribadi mahupun institusi. Hasilnya, kini di negara China, Korea dan lain-lain para graduan terpaksa 'belajar semula' bahasa inggeris di pusat2 bahasa berasingan dan ini melibatkan tambahan kos serta masa. Sebagaimana pelajar sekolah agama belajar setiap subjek 'teknikal agama' seperti Hadis, Tafsir, Feqah, Usuluddin dsbnya dalam bahasa Arab dari peringkat awal, maka pengajian jurusan agama diperingkat universiti menjadi lebih mudah dan tidak membebankan. Sekarang pelajar Malaysia atau Melayu khususnya 'struggling' di peringkat universiti lebih-lebih lagi sekiranya pengajian dalam bahasa inggeris.

PENDAPAT SAYA;
Secara peribadi, PPSMI adalah bagus sekiranya dilaksanakan dengan baik dan penuh kecekapan oleh para guru. Ianya juga membantu pelajar luar bandar lebih terdedah kepada bahasa inggeris. Namun, PPSMI secara tidak langsung menghalang perkembangan bahasa Melayu khususnya dalam aspek istilah2 berkaitan. Rumusannya, saya mendokong pembelajaran sains & matematik dalam kedua-dua bahasa supaya kedua-dua objektif asal masih dapat tercapai. Walaupun memerlukan lebih usaha, saya pasti ianya USAHA kolektif pendidik dan pelajar yang berbaloi.

Grandma’s Gangsta Chicken Curry and Gangsta Stories from My Hippie Sixties by Azly Rahman

MY MEMOIR IS NOW AVAILABLE ON AMAZON!  https://www.amazon.com/Grandmas-Gangsta-Chicken-Stories-Sixties-ebook/dp/B095SX3X26/ref=sr_1_1?dchild...