PETISI UNTUK PEMANSUHAN AKUJANJI UNIVERSITI
Kami akan mengemukakan kepada Kerajaan petisi berikut berhubung Akujanji Universiti. Petisi ini, yang diendos (ditandatangani) oleh ahli-ahli akademik yang lalu dan yang masih berkhidmat, mengenalpasti Akujanji sebagai suatu halangan besar kepada perkembangan sihat universiti-universiti dan oleh itu mendesak supaya ianya segera dimansuhkan. Akujanji untuk mengaku taat setia kepada Kerajaan bukan saja menimbulkan budaya takut, pasif dan fikiran tidak kritikal. Bahkan ia juga menghakis hak asasi untuk berpersatuan dan menyuarakan pendapat dengan bebas, yang sangat penting dilindungi serta diperluas demi kemajuan negara kita.
Salah seorang dari pertubuhan yang menurunkan tanda tangan menyatakan: “mengongkong minda akademik hanya menjadikan guru anak-anak kita semacam dikhasi – alangkah sayang”. Kami berharap Kerajaan akn mengatasi kepentingan diri serta politik yang sempit dan mengambil langkah sewajarnya untuk memansuhkan Akujanji ini. Kegagalan melakukannya melemahkan lagi kebolehan serta kesediaan masyarakat akademik kita untuk melibatkan diri dalam bidang pemikiran serta keilmuan yang boleh membina sebuah negara yang kuat inteleknya serta progresif.
Kami berharap akhbar tuan dapat memberikan liputan kepada petisi ini dan juga nama serta afiliasi individu dan NGO yang menurunkan tanda tangan (mengendos), agar umum mengetahui tentang sokongan agak luas supaya Akujanji Universiti dimansuhkan.
Yang benar.
Dr Syed Husin Ali
Dr Lim Teck Ghee
Kuala Lumpur, 24 Julai 2007
------------
PETISI UNTUK PEMANSUHAN AKUJANJI UNIVERSITI
Kami, yang bertanda tangan di bawah – bekas kakitangan universiti, kakitangan universiti yang masih berkhidmat (yang tidak dapat dimasukkan nama-nama mereka di sini oleh kerana bimbangkan tekanan pihak berkuasa) dan pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil – menggesa Kerajaan agar memansuhkan Akujanji dengan segera.
Keperluan menyatakan kesetiaan kepada Kerajaan – yang terdapat hanya dalam beberapa sistem universiti yang menekan dalam dunia – mencekik kebebasan akademik dalam negeri kita secara yang tidak pernah berlaku. Ia juga menimbulkan budaya takut, pasif dan fikiran tidak kritikal di kampus, yang membelenggu perkembangan universiti-universiti kita dan peningkatan mutu pengajaran serta keilmuan.
Pemimpin-pemimpin Kerajaan, termasuk Perdana Menteri, menyeru universiti-universiti supaya menyambut cabaran menaikkan tarafnya dan menghasilkan pengajaran serta penyelidikan berkualiti yang boleh membantu bangsa kita mencapai matlamat 2020, termasuk matlamat mencapai masyarakat yang matang, liberal, saintifik serta progresif. Akujanji merupakan penghalang besar bagi universiti-universiti kita bangkit menyambut cabaran ini.
Sehubungan ini kami menggesa Kerajaan mengambil balik Dr Azly Rahman, Dr Mutiara Mohamad dan ahli akademik lain yang telah dibuang kerja akibat menentang Akujanji. Begitu juga, kes-kes mereka yang menanggung derita dalam kemajuan karya mereka akibat Akujanji hendaklah dikaji semula dan diberikan keadilan serta pembelaan. Mereka semacam dipenjara kerana kepercayaan mereka dan diperlakukan secara tidak adil. Penyingkiran mereka merupakan titik hitam ke atas masyarakat akademik dan sistem serta nilai demokratik kita.
Keprihatinan kami ini bukanlah kali pertama disuarakan – banyak pertubuhan kakitangan akademik dan ramai individu yang prihatin telah bersuara dalam masa tiga tahun lalu dan mendesak supaya Akujanji dihapuskan kerana ia juga bertentangan dengan hak asasi serta kebebasan untuk berpersatuan dan bersuara. Kami berharap petisi ini akan menjadi langkah terakhir terhadap isu ini.
Kami merasakan perkara ini besar, bukan saja untuk kepentingan serta keprihatinan akademik, bahkan untuk kepentingan negara seluruhnya. Kami menyeru supaya Kerajaan memberikan sambutan secara adil serta bijak dan meletakkan kepentingan universiti serta negara di atas kepentingan politik parti. Pemansuhan Akujanji ini langkah amat mustahak bagi menjamin hak asasi agar kebebasan berpersatuan dan bersuara tidak akan terhakis lagi dan ahli-ahli akademik kita dapat memainkan peranan yang hak untuk membantu bangsa kita maju ke hadapan.
SENARAI PENGENDOS
Petisi Untuk Pemansuhan Akujanji Universiti: Senarai Pengendos
Kakitangan Universiti Awam Yang Lepas dan Masih Berkhidmat (mengikut abjad)
Dr C.E.R. Abraham,
Former Associate Professor Universiti Sains Malaysia
Drs Abu Bakar A. Hamid
Former Professor and Deputy Vice Chancellor, University of Malaya
Dr. Agoes Salim
Former Deputy Chairman, Universiti Kebangsaan Malaysia Council
Ahmad Mustapha.
Former Student Leader, University of Malaya, Singapore
Dr. Azmi Sharom
Associate Professor, University of Malaya
Dr. Sharon A. Bong
Former Lecturer, University of Malaya
Dr. Cheah Boon Kheng
Former Professor, Universiti Sains Malaysia
Dr. Chee Heng Leng
Former Associate Professor, Universiti Putra Malaysia
Dr. Stephen Chee
Former Professor, University of Malaya
Dr. Farish Noor
Former Lecturer, University of Malaya
Dr. Alberto Gomes
Former Lecturer, University of Malaya
Dr. Terence Gomez
Associate Professor, University of Malaya
Dr. Toby Huff,
Former Visiting Professor, University of Malaya
Philip Koh Tong Ngee
Former Lecturer, University of Malaya
Dr. Khoo Boo Teik
Associate Professor, Universiti Sains Malaysia
Khoo Khay Jin
Former Lecturer, Universiti Sains Malaysia
Dr. Cassey Lee
Former Lecturer, University of Malaya
Dr. Patricia A. Martinez
Former Associate Professor, University of Malaya
Dr. Maznah Mohamad
Former Associate Professor, Universiti Sains Malaysia
Dr. Mohamed Aslam Haneef
Lecturer, International Islamic University Malaysia
Dr. Lim Lin Lean
Former Associate Professor, University of Malaya
Dr. Lim Teck Ghee
Former Professor, University of Malaya
Dr. Shirley Lim
Former Visiting Lecturer, Universiti Sains Malaysia
Dr. Francis Loh Kok Wah
Professor, Universiti Sains Malaysia
Dr. Loh Wei Leng
Professor, University of Malaya
Dr. Neoh Soon Kean
Former Lecturer, Universiti Sains Malaysia
Dr. Ng Choon Sim
Former Associate Professor, Universiti Putra Malaysia
Dr. Norchaya Talib
Professor, University of Malaya.
Nur Barizah Abu Bakar
Lecturer, International Islamic University Malaysia
Dr. Mavis Puthucheary
Former Associate Professor, University of Malaya
Dr M. K. Rajakumar
Former Deputy Chairman of University of Malaya Council.
Dr. P. Ramasamy
Former Professor, Universiti Kebangsaan Malaysia
Dr. Rosli Omar
Associate Professor, University of Malaya
Dr. Johan Saravanamuttu
Former Professor, Universiti Sains Malaysia
Dr. Syed Husin Ali
Former Professor, University of Malaya
Dr. Toh Kin Woon
Former Associate Professor, Universiti Kebangsaan Malaysia
Tunku Shamsul Bahrin
Former Professor, University of Malaya
Dr.Wan Abdul Manan Wan Muda
Professor, Universiti Sains Malaysia
Wong Chin Huat
Associate Research Fellow, Universiti Kebangsaan Malaysia
Dr. Diana Wong
Former Associate Professor, Universiti Kebangsaan Malaysia
----------------
NGO-NGO YANG ENDOS
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
ALIRAN
All Petaling Jaya Pro-Action Committee (APPAC)
All Women’s Action Society (AWAM)
Centre for Independent Journalism
Civil Rights Committee of Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (CRC-KLSCAH)
Community Development Centre (CRC)
Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)
Gabungan Persatuan Bekas Penuntut Sekolah China Negeri Sembilan
Group of Concerned Citizens (GCC)
Pertubuhan Pembangunan Insani Malaysia (INSANI)
Institut Analisis Masyarkat (INSAN)
Institut Kajian Dasar (IKD)
Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT),
Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/i, UKM
Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML)
Komunite Seni Jalan Telawi
LLG Cultural Development Centre
Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)
Malaysian Voters Union (MALVU)
Middle Eastern Graduate Society
Monitoring Sustainability of Globalization (MSN)
National Human Rights Society (HAKAM)
Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall
Open Dialogue Center
Penang Watch
Persatuan Alumni PBTUSM (Lihua)
Persatuan Kakitangan Academik Universiti Malaya (PKAUM)
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Pusat Janadaya (EMPOWER)
Research for Social Advancement (REFSA)
Sisters in Islam
Save Ourselves (SOS)
Save Our School Damansara Committee (SOS-Damansara)
Solidarity Mahasiswa Malaysia (SMM)
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
United Chinese School Committees' Association of Malaysia.(Dong Zong)
United Chinese School Teachers' Association of Malaysia (Jiao Zong)
Universiti Malaya Association of New Youth (UMANY)
Writers Alliance for Media Independence (WAMI)
Women’s Aid Organization (WAO)
Women’s Development Collective (WDC)
Youth for Change
Youth Section of Malacca Chinese Assembly Hall
Kuala Lumpur, 24 July 2007
Nota: Mereka yang mengendos termasuk ramai kakitangan akademik yang masih berkhidmat di universiti-universiti awam, dan juga beberapa orang yang sedang mengambil cuti sabatikal dan melanjutkan pelajaran di luar negara. Mereka menyatakan sokongan tetapi meminta nama mereka tidak diterbitkan.
NARRATIVES ON CULTURE, CYBERNETICS, AND COMPLEX SYSTEMS. PROSE, POETRY and MEMOIR PIECES.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Grandma’s Gangsta Chicken Curry and Gangsta Stories from My Hippie Sixties by Azly Rahman
MY MEMOIR IS NOW AVAILABLE ON AMAZON! https://www.amazon.com/Grandmas-Gangsta-Chicken-Stories-Sixties-ebook/dp/B095SX3X26/ref=sr_1_1?dchild...
-
UPDATED INFORMATION: ON MRSM as 'SUCCESSFUL FAILURE': A QUESTION on ITS CONSTITUTIONALITY "was MARA's MRSM set-up un...
-
A Malay view of 'Ketuanan Melayu' Azly Rahman | Feb 4, 08 2:51pm ‘O people! Your God...
-
by azly rahman it was the period of rock music whose influence came from down south, Singapore .. words reflecting the sociolect of t...
4 comments:
Hi Dr. Azly Rahman
I chanced upon this article in Malaysiakini blogs section. I have read it and found that the content is reflecting negatively on you.
http://masterdedah.blogspot.com/2007/08/isu-azly-rahman-bukan-janji-tetapi.html
You can read and judge, perhaps do something about it (refute the allegations etc.). I do not mean to be a Nosy Parker, just a bit concerned.
(You can delete this comment of mine if you want to)
Regards,
A Concerned Blogger
Dear "anonymous/concerned blogger",
I have posted the answer to your concern. Thank you for bringing this up. May we see this issue peacefully resolved.
Azly Rahman.
These guys should either cut the crap and return home or find a solution with UUM regarding the contract.
The issue is not aku janji. The issue is failing to complete their studies (which is a condition of their contract) and returning to serve UUM.
UUM kept their part of the deal. Azly and wife reneged. A contract is a contract.
Azly and wife have no integrity because they are not keeping their word. As a result, two of their guarantors are now facing legal action.
Pathetic.
Dear Dr. Azly,
There are some long and painful revelations on your academic background and integrity on the following site:
http://educationmalaysia.blogspot.com/2007/08/reiterating-my-support-for-dr-azly-and.html#1290886007852127530
It may help if you could join the discussion there to clarify thing if they are not correct.
Post a Comment